Course image B203 History Books (BM)
Diploma of Theology

Modul ini meninjau pengalaman bangsa Israel dari penaklukan Tanah Perjanjian sampai pembuangan, seperti yang dicatatkan dalam kitab Yosua, Hakim-hakim, 1 & 2 Samuel serta 1 & 2 Raja-raja. Dalam Kitab Ibrani, kitab-kitab ini dirujuk sebagai Nabi-nabi Terdahulu. Tempoh ini memberi kita gambaran sepintas lalu tentang kepentingan umat Tuhan untuk hidup dalam perlindungan-Nya, di bawah pimpinan raja dan para nabi, serta memberitahu kita cara memahami Kerajaan Allah dan janji yang terkandung dalam Perjanjian Baru tentang warisan kekal.

Course image B204 The Gospel & Epistle of John (BM)
Diploma of Theology

Modul ini melihat kepada Injil dan surat-surat Yohanes. Pelajar akan menyelidiki gambaran Kristus yang tersendiri dari segi kandungan dan gaya tulisannya. Dalam kursus ini juga, pelajar akan mengkaji isu-isu eksegesis dan hermeneutik yang berkaitan dengan pengajian kesusasteraan Yohanes.


Course image P203 Pastoral Leadership 2 (BM)
Diploma of Theology

Modul ini menumpukan kepada kemahiran-kemahiran kepimpinan. Modul ini juga akan meninjau pelbagai topik yang berkaitan dengan kerja berpasukan, dan hubungannya dengan pelayanan pastoral. Hasilnya, modul ini akan meletakkan rangkaian dasar bagi pembangunan konsep pemuridan dan aplikasinya dalam konteks gereja setempat. Satu tinjauan umum terhadap beberapa modal pemuridan untuk gereja setempat akan diteroka, dan modul ini akan menumpukan kepada sekurang-kurangnya satu aplikasi modal/rangka kerja tersebut. Sebagai kursus kepimpinan peringkat diploma, modul ini berfungsi sebagai modul terakhir yang akan menumpukan kepada peningkatan kemahiran.

Course image T203 Christ and Salvation (BM)
Diploma of Theology

Modul ini akan melihat sifat manusia, Yesus Kristus, Roh Kudus dan Keselamatan. Ia ditulis khas untuk mengkaji sifat dan pekerjaan Kristus dan kepentingannya untuk keselamatan kita. Kita akan melihat pekerjaan Roh Kudus dengan tujuan untuk memberi tumpuan kepada peranan-Nya dalam menyatukan kita kepada Kristus untuk keselamatan yang Dia berikan. Perspektif Alkitabiah yang penting terhadap keselamatan akan diteliti.

Course image T204 The Anglican Church (BM)
Diploma of Theology

Ini adalah sebuah modul yg mengkaji sejarah, teologi, fungsi Gereja Anglikan. Suatu kajian tentang Buku Doa di mana sejarah & pembangunan Buku Doa diselidiki. Selain itu, modul ini menyediakan suatu ringkasan tentang sejarah, teologi, autoritas, mutu, upacara, pelayanan dan fungsi Gereja Anglikan.