Course image B201 Acts of the Apostles (BM)
Diploma in Theology

Kisah Para Rasul memperkenalkan bagaimana Kristus yang bangkit, naik ke syurga dan terus menerus mencapai tujuan Injil melalui peristiwa-peristiwa di dalam buku ini. Buku ini mengisahkan pertumbuhan dan perkembangan gereja secara geografi dan etnik. Bukuh Kisah Para Rasul juga adalah buku yang sangat penting untuk memahami buku-buku atau surat-surat lain dalam Perjanjian Baru. Program ini berfokus kepada pemahaman mesej dari Kisah Para Rasul dengan memeriksa teologi, latar belakang sejarah dan gambaran asal-usul Kristian, terutama perjalanan misi Paulus.

Course image B207 OT Survey (BM)
Diploma in Theology

Modul ini adalah tinjauan latar belakang geografi dan sejarah Perjanjian Lama, termasuk peristiwa bersejarah dan arkeologi. Modul ini memberikan dasar sejarah yang kukuh untuk pemahaman Perjanjian Lama dan kepentingan teologi serta vokesyen teks Perjanjian Lama. Modul ini tidak tertumpu kepada kandungan, penulis dan struktur kitab-kitab Perjanjian Lama yang berasingan, kerana ini akan dibincangkan pada tahap BTh dalam modul Pengajian Perjanjian Lama Lanjutan.

Course image P202 Deliverance & Spiritual Stronghold (BM)
Diploma in Theology

Modul ini merupakan sebahagian daripada modul praktikal. Modul ini mengajar dan memberikan pelajar peluang untuk memahami beberapa kekunci utama amalan pelepasan dan peperangan rohani.

Course image P204 Christian Spiritualities (BM)
Diploma in Theology

Modul ini memperkenalkan konsep kerohanian dan mengkaji tema-tema utama, pergerakan dan personaliti-personaliti dalam sejarah kerohanian Kristian dengan sasaran mempertimbangkan aplikasi tradisi-tradisi tersebut kepada budaya kontemporari dan konsep eklesial.

Course image T201 Early Church History (BM)
Diploma in Theology

Modul ini memperkenalkan pelajar kepada sesetengah tema, pergerakan dan personaliti utama dalam sejarah Kristian awal (sebelum Reformasi). Pelajaran sejarah ini dipelajari untuk memberikan rangka kerja kepada pelajar agar mereka berupaya memahami bagaimana konteks masa silam membentuk teologi dan pelayanan orang Kristian sepanjang zaman. Pelajaran daripada perkembangan sejarah ini dipelajari untuk menajamkan keupayaan pelajar untuk menganalisis isu-isu yang dihadapi dalam pelayanan hari ini.

Course image T201 Early Church History (Chi)
Diploma in Theology

此单元目的是向学生介绍有关早期基督教的主要议题、其运动和个性表现。透过对历史的陈述,学生将理解今日的神学和基督教事工,如何由过往发展至今。历史进程的种种事迹,亦可作为前车之鉴,提升学生分析当前面对之状况的能力,从容应对。