Course image B305 Corinthians (BM)
Bachelor of Theology

Modul ini memperkenalkan bagaimana Paulus yang mengasaskan gereja-gereja tersebut mengambil berat dan memberikan respons terhadap isu-isu yang timbul di dalam gereja. 1 dan 2 Korintus memberikan gambaran kepada kehidupan gereja awal, serta masalah-masalah dan isu-isu yang dihadapi oleh umat Kristian pertama. Modul ini akan meneliti konteks dan kandungan daripada surat-surat, dengan menumpukan perhatian pada teks, merenungkan pembacaan teks secara historis mahupun secara relevan, dan mengaitkan teks tersebut kepada pengajian lebih luas terhadap Teologi Paulus dan Perjanjian Baru. Modul ini dilanjutkan dengan mengkaji eskatologi Paulus dan pengalaman-pengalamannya serta gambaran gereja tersebut sebagai sebuah komuniti.

Course image P302 Worship & Liturgy (BM)
Bachelor of Theology

Modul ini menyelidiki asas teologi ibadah dan kaitannya dengan liturgi, terutamanya dalam konteks Anglikan Diosis Sabah (ADS). Makna liturgi yang terlibat diterangkan, dengan tujuan membantu para penuntut membiasakan diri dengan kedua-dua isi kandungan dan memimpin penyembahan korporat di ADS. Teras utama modul ini terletak di dalam hasratnya untuk mengenal pasti kekeliruan-kekeliruan yang timbul akibat daripada makna yang hilang apabila tradisi liturgi bertembung dengan fikiran moden, dan mencari jalan untuk menyelesaikan ketegangan yang telah wujud.

Course image P302 Worship & Liturgy (Chi)
Bachelor of Theology
本科探讨崇拜的神学基础及其与礼文的关系,特别是在沙巴圣公会的的处境下。 此科解释了所涉及的礼文含义,目的是帮助学生熟悉沙巴圣公会大众崇拜的内容和带领方式。 本科主要目的在于平息由礼仪传统与现代思想相遇而引起的混乱,并提出了解决其紧张关系的方法。
Course image P303 Pastoral Leadership 3 (BM)
Bachelor of Theology

Modul ini membincangkan dasar-dasar alkitabiah dan teologi mengenai kepemimpinan pastoral melalui penelitian metafora gembala di dalam Alkitab. Pelajar akan menyepadukan konsep-konsep teologi ini untuk membentuk prinsip-prinsip kepemimpinan pastoral mereka untuk gereja tempatan hari ini. Elemen etika dalam modul ini bertujuan untuk melengkapi para pelajar dengan keupayaan membuat pendekatan terhadap isu-isu etika kontemporari, khususnya isu-isu yang dihadapi dalam pelayanan pastoral. Modul merupakan sebahagian daripada 4 modul pelayanan pastoral dan kepemimpinan.

Course image T301 Christian Theology 1 (BM)
Bachelor of Theology

Modul ini memperkenalkan pelajar kepada kepercayaan keKristianan awal yang utama dan beberapa perbezaan pentafsiran yang utama berkenaan kepercayaan ini.