Course image T205 Apologetics and Evangelism (Chi)
Diploma of Theology

护教学是一门易学难精的课程,一方面是因为它比较哲学和科学性,当中有许多逻辑性的辩论深奥难记,另一方面,许多基督徒或是传道人都不是念哲学和科学的(或说不是这方面的专家),因此即使读了这门课程,当中还是有许多资料无法应用(或者说无能力掌握其中复杂的辩论步骤)。我们尽量简化其中的讨论,使其更容易明白。

护教学不仅仅是智力和哲学的辩论。 它涉及人的整体。 现代的护教者需要关心人们对基督和福音的感受,以及他们如何思考基督和福音。 本课程涉及护教学,方法论,信仰与理性之间的关系的圣经基础,然后再转向科学和历史证据。 其中还探讨了神学和传福音的关系。 



Course image B205 Interpretation of The Bible (BM)
Diploma of Theology

Modul ini direka bentuk untuk memperkenalkan pelajar kepada isu-isu dalam pentafsiran alkitabiah dengan membantu mereka meneliti cara-cara utama di mana orang Kristian menggunakan Alkitab dan memperkenalkan mereka kepada pelbagai kemahiran dan sumber asas untuk eksegesis.

Course image B206 NT Survey (BM)
Diploma of Theology

Modul ini merupakan tinjauan latar belakang sejarah, sosial, politik, ekonomi, dan agama Perjanjian Baru: dunia orang Kristian awal, kehidupan dan ajaran Yesus, asal-usul dan pertumbuhan Gereja Awal dan peranan Paulus, serta latar belakang orang Yahudi, Yunani, dan Roma dalam Perjanjian Baru. Modul ini akan memberikan dasar sejarah yang kukuh bagi memahami Perjanjian Baru dan sebagai persiapan untuk pelayanan.

Course image P201 Evangelism Mobilisation - XEE (BM)
Diploma of Theology

Modul ini merupakan program latihan untuk melengkapkan para pemimpin gereja yang akan melengkapkan gereja-gereja tempatan untuk mengganda melalui:

 

Persahabatan

XEE melengkapkan orang yang percaya untuk bersaksi sebagai gaya hidup kepada orang yang tergolong dalam jaringan perhubungan mereka.

Penginjilan

Pendekatan XEE yang utama adalah melalui penginjilan peribadi.

Pemuridan

Penginjilan mesti diikuti pemuridan yang alkitabiah. Seorang murid adalah seorang anggota gereja tempatan yang semakin matang secara rohani, bertanggungjawab dan menggandakan anggota.

Pertumbuhan yang Sihat

Gereja yang mengimplementasikan semester XEE akan mengalami tiga jenis pertumbuhan - rohani, bilangan dan organisasi.


Course image R201 Research & Writing Skills 2 (BM)
Diploma of Theology

Modul ini akan mengajarkan kemahiran-kemahiran yang berbeza yang akan membantu pelajar untuk mengarang esei dan mengembangkan kemahiran penyelidikan serta pemikiran kritis. Tumpuan diletakkan pada kemahiran penulisan ilmiah (rasmi) yang diperlukan untuk menyatakan kajian dan idea pelajar dengan jelas dan berkesan.

Course image T205 Apologetics & Evangelism (BM)
Diploma of Theology

Apologetik lebih daripada sekadar perbahasan intelektual dan falsafah. Ia melibatkan seluruh jiwa atau kewujudan manusia. Pa\ra apologis moden perlu memperhatikan tentang bagaimana perasaan orang terhadap Kristus dan Injil serta bagaimana mereka berfikir tentang Kristus dan Injil. Modul ini akan menghuraikan asas Alkitabiah untuk apologetik, metodologi, dan hubungannya antara iman dan akal sebelum beralih kepada bukti-bukti dari segi saintifik dan sejarah. Hubungannya dengan teologi dan penginjilan akan turut diteliti.