Course image P302 Worship & Liturgy (BM)
Bachelor of Theology

Modul ini menyelidiki asas teologi ibadah dan kaitannya dengan liturgi, terutamanya dalam konteks Anglikan Diosis Sabah (ADS). Makna liturgi yang terlibat diterangkan, dengan tujuan membantu para penuntut membiasakan diri dengan kedua-dua isi kandungan dan memimpin penyembahan korporat di ADS. Teras utama modul ini terletak di dalam hasratnya untuk mengenal pasti kekeliruan-kekeliruan yang timbul akibat daripada makna yang hilang apabila tradisi liturgi bertembung dengan fikiran moden, dan mencari jalan untuk menyelesaikan ketegangan yang telah wujud.

Course image P302 Worship & Liturgy (Chi)
Bachelor of Theology
本科探讨崇拜的神学基础及其与礼文的关系,特别是在沙巴圣公会的的处境下。 此科解释了所涉及的礼文含义,目的是帮助学生熟悉沙巴圣公会大众崇拜的内容和带领方式。 本科主要目的在于平息由礼仪传统与现代思想相遇而引起的混乱,并提出了解决其紧张关系的方法。
Course image P304 Pastoral Leadership 4 (BM)
Bachelor of Theology

Modul ini meninjau dan meneliti peranan "visi" dan pengurusan dalam konteks kepimpinan pastoral. Para penuntut akan menyempurnakan semua modul kepimpinan pastoral sebelumnya (seperti yang ditunjukkan di bawah), yang memberi mereka asas konsep dan kemahiran mengenai pelbagai topik yang berkaitan dengan kepimpinan pastoral. Modul ini dibina di atas asas-asas ini dan selanjutnya membincangkan dan mengulas tiga tugas utama pemimpin tertinggi dalam penetapan sebuah gereja tempatan - iaitu, perkongsian-visi, pengurusan dan kewangan.

Course image T301 Christian Theology 1 (BM)
Bachelor of Theology

Modul ini memperkenalkan pelajar kepada kepercayaan keKristianan awal yang utama dan beberapa perbezaan pentafsiran yang utama berkenaan kepercayaan ini.


Course image T303 Mission & Context (BM)
Bachelor of Theology

Modul ini adalah asas untuk kajian misi, yang menyediakan latihan asas dalam konsep untuk pelayan dan utusan injil. Modul ini mengkaji pelbagai subjek berkaitan dengan misi. Satu kajian mengenai sejarah dan makna misi akan menjadi asas bagi kursus ini. Modul ini juga akan memperkenalkan konsep kontekstualisasi, sejarah yang berkaitan dengannya, konsep-konsep dan aplikasi-aplikasinya. Dengan menggabungkan perkara di atas, satu bahagian mengenai gereja yang mengutus dirangkumi dalam modul ini untuk mempertimbangkan bagaimana perkembangan kajian-kajian misi pada abad ke-20 dan ke-21 mempengaruhi Eklesiologi.