Course image B301 Biblical Greek (BM)
Bachelor of Theology

Modul ini adalah pengenalan tatabahasa dan perbendaharaan kata Yunani Perjanjian Baru. Modul ini akan menjadi asas kepada pelajar untuk membaca bahasa Yunani dan menterjemahkan frasa, klausa dan ayat asas dalam Perjanjian Baru.

Course image B303 Advanced NT Studies (BM)
Bachelor of Theology

B206 Kajian PB telah merangkumi latarbelakang PB dari segi sejarah, sosial, politik, ekonomi, dan keagamaan dengan ‘Pengenalan kepada Perjanjian Baharu oleh John Drane’. Kursus ini akan menyelidiki pengarang, tarikh, garis kasar struktur, tujuan dan kandungan kitab-kitab terpilih dalam PB (ATI menawarkan B204 Injil dan Surat-surat Yohanes, B305 Korintus, B309 Kitab Wahyu). Ia juga akan menyelidiki tema-tema dan isu-isu teologi yang penting (contohnya masalah-masalah Sinoptik, Kristologi, penggunaan PL dalam PB, peranan para wanita, kerajaan Allah, eskatalogi dan lain-lain) dalam pengajian Alkitab.

Course image B303 Advanced NT Studies (Chi)
Bachelor of Theology

本课程旨在引导学员根据初期信徒的历史、社会、文化处境重新研讨新约圣经,从而更加深入与真切地理解新约圣经中的教导与神学理念,认识一些新约圣经研究的学术领域中受注目的课题。

Course image P302 Worship & Liturgy (BM)
Bachelor of Theology

Modul ini menyelidiki asas teologi ibadah dan kaitannya dengan liturgi, terutamanya dalam konteks Anglikan Diosis Sabah (ADS). Makna liturgi yang terlibat diterangkan, dengan tujuan membantu para penuntut membiasakan diri dengan kedua-dua isi kandungan dan memimpin penyembahan korporat di ADS. Teras utama modul ini terletak di dalam hasratnya untuk mengenal pasti kekeliruan-kekeliruan yang timbul akibat daripada makna yang hilang apabila tradisi liturgi bertembung dengan fikiran moden, dan mencari jalan untuk menyelesaikan ketegangan yang telah wujud.

Course image P304 Pastoral Leadership 4 (BM)
Bachelor of Theology

Modul ini meninjau dan meneliti peranan "visi" dan pengurusan dalam konteks kepimpinan pastoral. Para penuntut akan menyempurnakan semua modul kepimpinan pastoral sebelumnya (seperti yang ditunjukkan di bawah), yang memberi mereka asas konsep dan kemahiran mengenai pelbagai topik yang berkaitan dengan kepimpinan pastoral. Modul ini dibina di atas asas-asas ini dan selanjutnya membincangkan dan mengulas tiga tugas utama pemimpin tertinggi dalam penetapan sebuah gereja tempatan - iaitu, perkongsian-visi, pengurusan dan kewangan.

Course image P304 Pastoral Leadership 4 (Chi)
Bachelor of Theology

此科目在教牧领导学的处境中调查和研究了“异象”和管理的角色。 学生们应已在之前完成所有教牧领导学的科目,这些科目为他们提供了教牧领导学中相关的各种课题的基本概念和技能。这科目建立在这些基础之上,并继续讨论和评论最高领导者在当地教会设置中的三个主要职责 - 即异象传达,管理和财务。