B308 Isaiah (BM)
Pdt Suardin Gaurifa (Tutor)

B308 Isaiah (BM)

Modul ini akan memberikan anda gambaran keseluruhan tentang mesej Yesaya. Ia menerokai latar belakang sejarah dan kesusasteraan kitab dan pengalaman Yesaya. Tema-tema teologi akan dibincangkan, misalnya panggilan nabi, Sion, konsep sisa, raja dan Mesias, nyanyian hamba, dan mesej nabi. Modul ini akan memberikan anda kemahiran untuk mentafsirkan kitab nubuatan ini dan cara mengkhutbahkan pengajaran Yesaya kepada gereja pada masa kini.

 


P302 Worship & Liturgy (BM)
Ven Thiam Choy Yong (Tutor)

P302 Worship & Liturgy (BM)

Modul ini menyelidiki asas teologi ibadah dan kaitannya dengan liturgi, terutamanya dalam konteks Anglikan Diosis Sabah (ADS). Makna liturgi yang terlibat diterangkan, dengan tujuan membantu para penuntut membiasakan diri dengan kedua-dua isi kandungan dan memimpin penyembahan korporat di ADS. Teras utama modul ini terletak di dalam hasratnya untuk mengenal pasti kekeliruan-kekeliruan yang timbul akibat daripada makna yang hilang apabila tradisi liturgi bertembung dengan fikiran moden, dan mencari jalan untuk menyelesaikan ketegangan yang telah wujud.

P302 Worship & Liturgy (Chi)
Rev Teng Wei Huang (Tutor)

P302 Worship & Liturgy (Chi)

本科探讨崇拜的神学基础及其与礼文的关系,特别是在沙巴圣公会的的处境下。 此科解释了所涉及的礼文含义,目的是帮助学生熟悉沙巴圣公会大众崇拜的内容和带领方式。 本科主要目的在于平息由礼仪传统与现代思想相遇而引起的混乱,并提出了解决其紧张关系的方法。

P304 Pastoral Leadership 4 (BM)
Levi Chong (Tutor)Dr Khee Vun LIN (Module Leader)

P304 Pastoral Leadership 4 (BM)

Modul ini meninjau dan meneliti peranan "visi" dan pengurusan dalam konteks kepimpinan pastoral. Para penuntut akan menyempurnakan semua modul kepimpinan pastoral sebelumnya (seperti yang ditunjukkan di bawah), yang memberi mereka asas konsep dan kemahiran mengenai pelbagai topik yang berkaitan dengan kepimpinan pastoral. Modul ini dibina di atas asas-asas ini dan selanjutnya membincangkan dan mengulas tiga tugas utama pemimpin tertinggi dalam penetapan sebuah gereja tempatan - iaitu, perkongsian-visi, pengurusan dan kewangan.

T301 Christian Theology 1 (BM)
Dr Khee Vun LIN (Module Leader)

T301 Christian Theology 1 (BM)

Modul ini memperkenalkan pelajar kepada kepercayaan keKristianan awal yang utama dan beberapa perbezaan pentafsiran yang utama berkenaan kepercayaan ini.


T303 Mission & Context (BM)
Dr Judy Berinai (Tutor)

T303 Mission & Context (BM)

Modul ini adalah asas untuk kajian misi, yang menyediakan latihan asas dalam konsep untuk pelayan dan utusan injil. Modul ini mengkaji pelbagai subjek berkaitan dengan misi. Satu kajian mengenai sejarah dan makna misi akan menjadi asas bagi kursus ini. Modul ini juga akan memperkenalkan konsep kontekstualisasi, sejarah yang berkaitan dengannya, konsep-konsep dan aplikasi-aplikasinya. Dengan menggabungkan perkara di atas, satu bahagian mengenai gereja yang mengutus dirangkumi dalam modul ini untuk mempertimbangkan bagaimana perkembangan kajian-kajian misi pada abad ke-20 dan ke-21 mempengaruhi Eklesiologi.